Latar Belakang

Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) adalah aspirasi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menjadi suatu keperluan bagi negara untuk melahirkan belia cemerlang. Ianya selaras dengan matlamat Dasar Belia Negara serta untuk mewujudkan belia yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

Mesyuarat antara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan,Belia dan Sukan telah diadakan pada 1 Mac 2007 di Mess Pegawai, Pasukan Polis di Raja Brunei yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis bersetuju supaya cadangan penubuhan PKBN akan menggabungkan idea-idea dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan,
Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan hasrat supaya program itu bersifat 'holistik' iaitu merangkumi aspek-aspek kerohanian dan jasmani.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menerajui pelaksanaan PkBN untuk diperkenalkan di negara ini. Ke arah itu, sebuah Jawatankuasa 'Task Force' PKBN telah ditubuhkan bagi membincangkan mengenai penyediaan Kertas Dasar PKBN tersebut.

Jawatankuasa 'Taask Force'PKBN yang terdiri daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian kesihatan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Jabatan Peguam Negara bagi membincangkan penyediaan Kertas Kerja PKBN dan juga Kertas Dasar PKBN.

 Kembali Ke Atas

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi kami di alamat berikut:

Ibu Pejabat
Program Khidmat Bakti Negara [PKBN]
Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan
Blok 18 Simpang 32-15
Flat Kerajaan Anggerek Desa
Berakas BB3713
Negara Brunei Darussalam

Telefon : +673 234 0045
Fax: +673 234 1722
Email: khidmatbaktinegara@kkbs.gov.bn